Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan kerja selama tiga hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula hari ini dengan misi utama memperkukuh hubungan dua hala serta meneroka peluang kerjasama serantau.
Lawatan itu turut memanfaatkan kapasiti Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dengan tumpuan kepada inisiatif kerjasama strategik dalam pelbagai sektor.
Anwar dijadual tiba di Abu Dhabi tengah malam ini waktu Malaysia.
Laporan lanjut oleh wartawan, Ameerul Hafiz Rosli.