Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan siri lawatan rasmi ke United Kingdom (UK) dalam usaha memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara.
Lawatan itu turut memberi tumpuan kepada peluang yang tercipta melalui penyertaan UK dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
Perjanjian tersebut membuka ruang kerjasama yang lebih luas, khususnya dalam sektor pelaburan strategik.
Ikuti laporan yang disediakan Wartawan, Mohan Chinnasamy di London.