
PONTIAN, 4 Jun – Tujuh lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Utama, Pekan Nanas, Pontian, Johor, Mei lalu.
RINGKASAN BERITA AI
- Mangsa R G. Arun Kumar, 22, didakwa dibunuh pada 21 Mei kira-kira 2.45 pagi.
- Kesemua tertuduh berusia 18 hingga 28 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurhafiza Haron.
- Mereka didakwa di bawah Seksyen 302 dibaca bersama Seksyen 34; tiada jamin, sebutan ditetapkan 9 Julai.
Kesemua tertuduh berusia 18 sehingga 28 tahun itu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurhafiza Haron.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh mangsa, R G. Arun Kumar, 22 tahun di hadapan sebuah premis di Pekan Nenas,
Pontian pada pukul 2.45 pagi, 21 Mei lepas.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Tiada jamin dibenarkan dan sebutan kes ditetapkan pada 9 Julai depan.