Tiga beranak ditemui maut di rumah

Tiga beranak ditemukan mati di rumah mereka di Kampung Belau, Merbok

MERBOK, 26 Mac – Tiga beranak ditemui meninggal dunia dalam keadaan ngeri di sebuah rumah di Kampung Belau, Merbok, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat pasangan ditemui tidak sempurna dibalut permaidani di dapur; anak lelaki ditemui di bilik atas dengan kesan kelar di leher.
  • Keadaan mayat pasangan membengkak dan berbau, dipercayai telah meninggal lebih 48 jam.
  • Mayat ditemui oleh anggota polis dan orang kampung yang melancarkan gerakan mencari selepas mangsa gagal dihubungi sejak Isnin.
  • Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, untuk bedah siasat; siasatan polis diteruskan.

Mayat pasangan suami isteri berumur 65 tahun dan 53 tahun itu dilaporkan ditemui tidak sempurna dalam balutan permaidani di bahagian dapur, manakala mayat anak lelaki pasangan itu berumur 29 tahun ditemui di dalam bilik bahagian atas rumah dua tingkat berkenaan dengan terdapat kesan kelar dileher.

Pasangan suami isteri dipercayai meninggal dunia lebih 48 jam berdasarkan keadaan mayat yang telah membengkak dan berbau.

Mayat tiga beranak itu ditemui oleh anggota polis dan orang kampung yang melancarkan gerakan mencari selepas kedua-dua mangsa gagal dihubungi sejak Isnin lalu.

Kesemua mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk proses bedah siasat awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan ketika dihubungi mengesahkan kejadian
dan siasatan lanjut sedang dijalankan.