Tangki kimia bocor: Kualiti udara di Pasir Gudang masih selamat – JAS

Tular di media sosial mengenai pembebasan asap oren yang dikenal pasti dari kebocoran tangki bahan kimia di Pasir Gudang

JOHOR BAHRU, 11 Jun- Bacaan kualiti udara di beberapa kawasan di Pasir Gudang dilaporkan masih berada pada tahap selamat setakat pukul 6.00 petang tadi susulan insiden kebocoran bahan kimia dipercayai asid nitrik yang berlaku tengah hari tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • JAS Johor sedang menjalankan pemantauan kualiti udara di beberapa lokasi sensitif.
  • Pemantauan termasuk kawasan sekitar SMK Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Gudang 3.
  • Pemantauan kualiti udara akan diteruskan dari semasa ke semasa untuk memastikan keselamatan orang awam.
  • Setakat ini, bacaan kualiti udara tidak menunjukkan tahap bahaya di mana-mana kawasan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff memaklumkan pihaknya sedang menjalankan pemantauan di beberapa lokasi dikenal pasti sebagai kawasan sensitif kepada reseptor.

Beliau berkata pemantauan turut melibatkan kawasan sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Pasir Putih dan SMK Pasir Gudang 3.

Menurutnya, pemantauan kualiti udara akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan orang awam di kawasan terlibat.

Setakat ini, bacaan kualiti udara dilaporkan normal dan tidak menunjukkan sebarang tahap bahaya di mana-mana kawasan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.