JASIN, 15 Oktober – Kertas siasatan berhubung kes salah laku seksual melibatkan empat pelajar sebuah sekolah menengah di Melaka, telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya, (DPP).
Ketua Polis Negeri, Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan, keputusan sama ada kesemua pelajar berkenaan akan dituduh dijangka diketahui hari ini.
- Kertas siasatan salah laku seksual empat pelajar dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
- Keputusan sama ada pelajar akan dituduh dijangka diketahui hari ini.
- Polis mengesahkan siasatan telah lengkap dan menunggu arahan lanjut daripada DPP.
- Empat pelajar berusia 17 tahun direman sejak 11 Oktober bagi membantu siasatan.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.
“Siasatan kes telah dilengkapkan dan polis kini menunggu arahan lanjut daripada DPP”, katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin.
Pada 11 Oktober lepas, empat pelajar berusia 17 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), telah direman, bagi membantu siasatan kes salah laku seksual di sebuah sekolah di Alor Gajah.
Kesemua mereka direman bermula 11 Oktober hingga 16 Oktober bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.###