Rogol wanita OKU, pengawal keselamatan dipenjara 10 tahun

Foto hiasan

JOHOR BAHRU, 27 Mac– Seorang pengawal keselamatan dipenjara 10 tahun oleh Mahkamah Sesyen, di sini selepas mengaku bersalah merogol wanita Orang Kurang Upaya (OKU), Januari lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tertuduh: R. Sivanesan, 39 tahun.
  • Mangsa wanita OKU, 29 tahun, mengalami kecacatan pendengaran, pertuturan dan masalah pembelajaran.
  • Kejadian berlaku di sebuah kediaman Taman Jaya Mas, Skudai pada 30 Januari kira-kira 11.50 malam.

Tertuduh, R. Sivanesan, 39 tahun turut dikenakan lima sebatan selepas membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Madihah Zainol.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh merogol mangsa berusia 29 tahun yang mengalami kecacatan pendengaran, pertuturan serta masalah pembelajaran.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah kediaman di Taman Jaya Mas, Skudai kira-kira pukul 11.50 malam, 30 Januari lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fadilah Johanuddin bawah Kanun Keseksaan.