Remaja perempuan didakwa tikam pelajar sekolah

Mahkamah Majistret Telok Datok / BERNAMA

KUALA LANGAT, 10 Julai– Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dihadapkan ke Mahkamah Majistret Telok Datok atas pertuduhan menikam seorang pelajar sekolah menengah di Banting, Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas niat menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.
  • Tiada pengakuan direkodkan di mahkamah.
  • Mahkamah perintahkan dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan untuk penilaian dan rawatan selama sebulan.
  • Kes disebut semula pada 10 Ogos; kejadian 6 Julai menjejaskan seorang pelajar Tingkatan Tiga akibat tikaman di sekolah.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan terhadap mangsa.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan.

Mahkamah kemudian memerintahkan remaja itu dihantar ke Hospital Tanjung Rambutan bagi menjalani penilaian dan rawatan selama sebulan.

Mahkamah turut menetapkan 10 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu, remaja berkenaan tiba di pekarangan mahkamah pada pukul 8.32 pagi dengan dikawal ketat anggota polis.

Remaja itu sebelum ini direman selama empat hari bermula 7 Julai bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian pada 6 Julai lalu, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera selepas dipercayai ditikam di sebuah sekolah menengah di Banting.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.