
KUALA LUMPUR, 1 Februari- Polis mengesahkan menerima satu laporan daripada seorang pelakon lelaki yang mendakwa pernah menjadi mangsa seks luar tabii.
RINGKASAN BERITA AI
- Polis menerima laporan oleh pelakon lelaki mendakwa pernah jadi mangsa seks luar tabii.
- Laporan dibuat oleh lelaki tempatan berusia 35 tahun pada petang semalam.
- Kes kini dalam siasatan menurut kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur.
- Pendedahan dibuat melalui platform Threads tentang pengalaman ketika jadi pelakon kanak-kanak.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata laporan berkenaan dibuat oleh lelaki tempatan berusia 35 tahun itu pada 6.11 petang semalam.
“Pihak polis mengesahkan telah menerima laporan daripada pengadu dan kes masih dalam siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Terdahulu, pelakon berkenaan membuat pendedahan menerusi platform Threads tentang pengalaman menjadi mangsa amang seksual ketika masih bergelar pelakon kanak-kanak.