JOHOR BAHRU, 16 Mac– Polis mengesahkan menerima laporan daripada seorang juruteknik dari sebuah syarikat komunikasi, berusia 51 tahun, berkaitan cubaan mencuri kabel di tepi jalan Permas Utara/ Permas 5, Johor Bahru, kelmarin.
RINGKASAN BERITA AI
- Juruteknik menemui kabel bawah tanah 50 meter milik syarikat semasa rondaan cegah kecurian.
- Video tular menunjukkan kejadian dan cubaan dihalang oleh beberapa remaja bermotosikal.
- Polis sedang mengumpul maklumat bagi menguruskan siasatan kejadian.
- Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.
Ketika itu juruteknik berkenaan sedang membuat rondaan cegah kecurian kabel di sekitar Permas Jaya dan menemui kabel dari jenis bawah tanah 50 meter milik syarikatnya.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat berkata, pihaknya turut menerima video tular di media sosial memaparkan kejadian itu namun,
dihalang beberapa remaja bermotosikal.
Pihaknya sedang mengumpul maklumat kejadian bagi menguruskan siasatan mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan.