Perunding hartanah rugi lebih RM622,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Foto hiasan

KUANTAN, 13 Januari -Seorang perunding hartanah kerugian lebih RM622,000 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang ditawarkan melalui aplikasi WhatsApp.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perunding hartanah berusia 71 tahun kerugian lebih RM622,000 akibat skim pelaburan palsu melalui WhatsApp.
  • Skim dinamakan "JMC M Trading Venture" ditawarkan melalui aplikasi dimuat turun dari pautan suspek.
  • Mangsa membuat 16 transaksi ke empat akaun berbeza antara 27 Okt hingga 27 Dis; menerima RM140,889 awalnya.
  • Mangsa sedar ditipu apabila diminta tambah modal RM1 juta untuk mengeluarkan semua keuntungan.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahya Othman berkata, mangsa lelaki berusia 71 tahun itu dijanjikan pulangan keuntungan sehingga 50 peratus bagi setiap pelaburan yang disertai.

Menurut beliau, mangsa ditawarkan menyertai pelaburan dikenali sebagai “JMC M Trading Venture” menerusi satu aplikasi yang dimuat turun melalui pautan diberikan suspek.

“Mangsa kemudian membuat 16 transaksi ke empat akaun bank berbeza menggunakan simpanan peribadi.

Transaksi itu, melibatkan jumlah keseluruhan RM622,161 dalam tempoh 27 Oktober hingga 27 Disember tahun lalu,” katanya.

Beliau memaklumkan, mangsa pada peringkat awal menerima pulangan sebanyak RM140,889, namun wang itu diarahkan untuk dilaburkan semula bagi mendapatkan keuntungan lebih besar.

Bagaimanapun, mangsa mula menyedari ditipu selepas diminta menambah modal pelaburan sebanyak RM1 juta kononnya bagi membolehkan semua keuntungan dikeluarkan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan