
BUKIT MERTAJAM, 19 Mac – Seorang pekerja taman asuhan kanak-kanak (taska) didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh bayi lelaki berusia empat bulan.
- Tertuduh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, didakwa membunuh bayi lelaki berusia empat bulan di Mahkamah Majistret.
- Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
- Pertuduhan dibawa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun dan sebatan jika sabit.
- Mahkamah tidak membenarkan jaminan; sebutan semula pada 23 Jun untuk serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Tertuduh, Nur Farhana Fazmar Abdullah, 22, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes berada bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa menyebabkan kematian bayi berkenaan, anak kepada seorang wanita berusia 29 tahun pada 9 Mac lalu.
Kes didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Mahkamah bagaimanapun tidak membenarkan sebarang jaminan.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 Jun bagi serahan laporan kimia dan bedah siasat.
Sementara itu, seorang lagi wanita berusia 22 tahun yang sebelum ini ditahan bagi membantu siasatan dibebaskan dengan jaminan RM10,000.