Mayat warga asing, dipercayai dibunuh ditemukan

Tiada dokumen pengenalan diri di lokasi kejadian/Foto RTM

GEORGE TOWN, 9 Mac -Seorang warga asing dibunuh dalam kejadian di Lebuh Macallum, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mayat warga asing dipercayai dibunuh ditemukan di Lebuh Macallum, George Town.
  • Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan ditemukan dalam keadaan terbaring.
  • Mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan; orang ramai diminta hubungi ASP Suhaimi Mat 019-2327008.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan mayat mangsa ditemukan anggota IPD Timur Laut ketika tugasan cegah jenayah.

“Mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala dan ditemukan dalam keadaan terbaring.

“Tiada dokumen pengenalan diri di lokasi kejadian,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang.

Kes disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Suhaimi Mat di talian 019-2327008.