Mayat wanita ditemukan terapung di sungai

Foto hiasan

KOTA TINGGI, 20 Julai– Mayat seorang wanita ditemukan terapung di Sungai Tanjung Serindit, Pengerang, malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dengan tangan dan kaki diikat menggunakan tali.
  • Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
  • Mayat dihantar ke Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat bagi identiti dan punca kematian.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan; orang ramai diminta tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, maklumat berhubung penemuan mayat berkenaan diterima daripada orang awam.

“Pemeriksaan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan tangan dan kaki diikat menggunakan tali serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Pasir Gudang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti identiti serta punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu siasatan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.