Lelaki gagal seludup 60,000 batang rokok putih di Kota Bharu

Antara rokok putih tidak bercukai yang dirampas pasukan PGA awal pagi tadi/Foto PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU, 9 Ogos – Sebanyak 60,000 batang rokok putih disyaki tidak bercukai dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) di laluan Pasir Puteh menghala ke Kubang Kerian, awal pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan dalam Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 1.30 pagi.
  • Pemeriksaan kenderaan menemui rokok disyaki seludup; pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan.
  • Pasukan merampas sebuah kenderaan, dua telefon bimbit dan wang tunai RM250; nilai rampasan dianggarkan RM210,450.
  • Ujian saringan air kencing positif dadah; suspek kata ini kali pertama ditahan dan menerima RM200 setiap penghantaran.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Ahmad Radzi Hussain berkata, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun turut ditahan dalam Op Taring Wawasan Kelantan kira-kira 1.30 pagi.

Katanya, penahanan itu dilakukan selepas anggota Task Force Batalion 7 PGA mengesan sebuah kenderaan dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan terhadap kenderaan menemukan 60,000 batang rokok putih yang disyaki rokok seludup, manakala pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen berkaitan barangan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, selain rokok, polis turut merampas sebuah kenderaan, dua telefon bimbit dan wang tunai RM250.

“Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan RM210,450,” katanya.

Ahmad Radzi berkata, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah.

Suspek yang bekerja sebagai pemandu sepenuh masa sejak tiga tahun lalu dipercayai menerima bayaran RM200 bagi setiap penghantaran rokok berkenaan.

“Suspek memaklumkan ini adalah kali pertama dia ditahan berkaitan kes rokok seludup dan kenderaan yang digunakan bukan miliknya, sebaliknya milik individu lain,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.