Lelaki ditahan pandu lori secara berbahaya, positif dadah

Gambar hiasan

KLUANG, 8 Mac – Seorang lelaki berusia 35 tahun ditahan polis di sini semalam kerana dipercayai memandu lori secara berbahaya di daerah ini, kelmarin.

RINGKASAN BERITA AI
  • Rakaman tular menunjukkan lori hampir melanggar dua kereta ketika cuba memotong pada garisan berkembar.
  • Kejadian dilaporkan di Kilometer 15.5 hingga 16 Jalan Renggam Simpang Renggam.
  • Saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952; polis menasihat patuhi peraturan.

Ketua Polis Daerah Kluang, Bahrin Mohd Noh berkata penahanan dibuat susulan satu rakaman video yang tular di media sosial memaparkan lori dipandu suspek hampir melanggar dua buah kereta ketika cuba memotong sebuah kenderaan di garisan berkembar.

Beliau berkata kejadian itu dilaporkan berlaku di Kilometer 15.5 hingga 16, Jalan Renggam–Simpang Renggam, di sini.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif methamphetamine,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya, serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana penyalahgunaan dadah.

Polis menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya dan tidak memandu secara berbahaya yang boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain.