
GEORGE TOWN, 26 Mac -Lapan lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai menghalang tugas penjawat awam di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai, George Town, malam tadi.
RINGKASAN BERITA AI
- Kejadian bermula apabila empat anggota polis mengejar seorang individu yang melarikan diri ke kawasan pangsapuri.
- Tiga anggota polis mengalami kecederaan ringan.
- Semua suspek berusia antara 28 hingga 38 tahun dan direman tiga hari sehingga 28 Mac.
- Kes disiasat di bawah Seksyen 147 dan 353 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta menggunakan kekerasan terhadap penjawat awam.
Kejadian kira-kira pukul 9.50 malam itu bermula apabila empat anggota polis mengejar seorang individu mencurigakan yang melarikan diri ke kawasan pangsapuri berkenaan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan tiga anggota polis mengalami kecederaan ringan.
“Kesemua suspek yang ditahan berusia antara 28 hingga 38 tahun direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga 28 Mac,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes disiasat bawah Seksyen 147 dan 353 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta menggunakan kekerasan jenayah terhadap penjawat awam.