Kotak mercun, bunga api berharga lebih RM440,000 dirampas

JOHOR BAHRU, 25 Februari– Sebanyak 163 kotak mercun dan bunga api bernilai RM442,000 dirampas dalam dua serbuan berasingan, di sini pada Isnin dan Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan di Skudai merampas 86 kotak mercun dan bunga api bernilai RM21,000.
  • Serbuan di Danga Bay merampas 77 kotak mercun dan bunga api.
  • Dua lelaki berumur 32 dan 39 tahun ditahan berkaitan rampasan.
  • Premis tiada permit atau lesen sah; kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, ACP Noor Azman Jamal berkata dalam serbuan sama pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 32 dan 39 tahun.

“Serbuan pertama di sebuah premis di Skudai pada Isnin lalu, berjaya merampas 86 kotak mercun dan bunga api, bernilai RM21,000.

“Manakala dalam serbuan kedua semalam di kediaman di Danga Bay, ia melibatkan rampasan 77 kotak mercun dan bunga api,” katanya.

Menurut beliau, kedua-dua premis tidak mempunyai permit atau lesen sah bagi penyimpanan bahan letupan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.