Kolaborasi pelbagai agensi bendung jenayah rentas sempadan

Datuk Adzli Abu Shah/ Foto BERNAMA

PADANG TERAP, 8 Ogos – Kawalan di semua pintu masuk ke Kedah sama ada melalui jalan laut, darat dan udara sentiasa diperketat polis bagi menangani jenayah rentas sempadan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kolaborasi pelbagai agensi dan jabatan dipertingkatkan untuk mengawal keselamatan dan kedaulatan negara.
  • Penghargaan terhadap keprihatinan Yang di-Pertuan Agong mengenai keselamatan, mencegah jenayah seperti penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia.
  • Kerjasama di Bukit Kayu Hitam bersama AKPS catat penurunan aktiviti penyeludupan dan percubaan lolos migran di utara Langkawi.
  • Modus operandi sindiket dikenal pasti: penggunaan bot kecil untuk memindahkan pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata kolaborasi bersama pelbagai agensi dan jabatan juga sentiasa dipertingkat bagi mengawal keselamatan tanah air.

Pihaknya menzahirkan penghargaan atas keprihatinan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkaitan aspek keselamatan dan kedaulatan negara bagi mencegah sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang termasuk penyeludupan dadah dan pemerdagangan manusia.

“Di Bukit Kayu Hitam, kita ada kerjasama yang baik dengan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS). Berdasarkan statistik, terdapat penurunan aktiviti penyeludupan termasuk migran yang cuba meloloskan diri di sempadan utara Langkawi.

Modus operandi sindiket juga pihak kami dapat kenal pasti seperti menggunakan bot kecil bagi memindahkan pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Taman Angkat Amanita Kontinjen Kedah di Kuala Nerang di sini.

Terdahulu, Sultan Ibrahim bertitah agar kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di semua lapangan terbang dan pintu masuk negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.