
TANGKAK, 12 Mei– Tiga lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tangkak atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada Mac lalu manakala seorang lagi suspek dipercayai masih bebas.
- Tertuduh Pang Wei Siang (24), Henry Lau Yi Sheng (26) dan Tan Ah Chai (32) mengangguk faham semasa pertuduhan dibacakan.
- Dakwaan bunuh melibatkan mangsa Tong Wee Sheng, 38, di tepi rumah Batu 9, Bukit Kangkar pada 13 Mac kira-kira 7.20 malam.
- Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34.
- Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 14 Julai untuk sebutan semula kes.
Tertuduh, Pang Wei Siang (24 tahun), Henry Lau Yi Sheng (26 tahun) dan Tan Ah Chai (32 tahun) mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Lee Kim Keat.
Mengikut kertas pertuduhan, kesemua tertuduh didakwa bersama-sama membunuh mangsa, Tong Wee Sheng, 38 tahun di tepi sebuah rumah di Batu 9, Bukit Kangkar, Sungai Mati pada pukul 7.20 malam, 13 Mac lepas.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Amirah Sapian.
Sementara itu, Tan Ah Chai turut berdepan pertuduhan berasingan kerana menganggotai pertubuhan Hong Hong San yang menyalahi undang-undang mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Mahkamah tidak membenarkan sebarang ikat jamin dan menetapkan 14 Julai depan untuk sebutan semula kes.