Jurulatih bola sepak direman, disyaki liwat dan cabul remaja lelaki

Foto hiasan/RTM

KOTA TINGGI, 13 Januari -Seorang jurulatih bola sepak ditahan kerana disyaki meliwat dan mencabul seorang remaja lelaki di Kampung Gembut, Tanjung Sedili di sini, Khamis lepas.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berusia 15 tahun membuat laporan polis sehari selepas kejadian berlaku.
  • Suspek, jurulatih berusia lingkungan 50-an, ditahan di kampung berkenaan untuk siasatan.
  • Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 377C dan suspek direman empat hari.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusuf Othman dalam kenyataan berkata, laporan dibuat sendiri oleh mangsa yang berusia 15 tahun, sehari selepas kejadian.

Polis kemudiannya menahan lelaki berusia lingkungan 50-an itu semasa berada di kampung berkenaan pada hari sama bagi membantu siasatan.

“Mereka merupakan jiran dan kejadian ini pertama kali berlaku. Siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” katanya.

Susulan itu, satu kertas siasatan telah dibuka bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan dan suspek direman empat hari hingga hari ini.

 

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan