Jual LPG dan petrol tanpa kebenaran, 2 individu ditahan

Jual LPG dan petrol tanpa kebenaran, 2 individu ditahan

IPOH, 2 APRIL Sebanyak 94 tong gas petroleum cecair, LPG, serta 270 liter petrol disita Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, KPDN Perak di Gerik, pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi dijalankan hasil maklumat orang awam mengenai penjualan barang kawalan secara haram di perkampungan Orang Asli.
  • Pemeriksaan mendapati dua premis menjalankan urus niaga LPG dan petrol tanpa permit sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia.
  • Dua individu dipercayai pemilik premis gagal mengemukakan dokumen kebenaran semasa pemeriksaan.
  • Semua barangan disita untuk siasatan lanjut, dengan nilai dianggarkan melebihi RM10,000; kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Operasi dijalankan kira-kira jam 5.30 petang hasil maklumat orang awam berhubung aktiviti penjualan barang kawalan secara haram di kawasan perkampungan Orang Asli.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan mendapati dua premis menjalankan urus niaga LPG dan petrol tanpa permit sah daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

Dua individu, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun yang dipercayai pemilik premis, gagal mengemukakan dokumen kebenaran ketika diperiksa.

Semua barangan berkenaan disita dengan nilai dianggarkan lebih RM10,000 bagi tujuan siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual barang kawalan tanpa kebenaran bertulis.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.