Datuk Seri Abdul Azeez dan dua bekas pegawai atasan TH direman dua hari

Ketiga-tiga individu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan

KUALA LUMPUR, 9 September – Bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas Ketua Pegawai Eksekutif serta bekas Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan TH direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan berkaitan pemberian hibah TH.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perintah reman dikeluarkan Hakim Mohamad Afiq Zuber selepas permohonan polis di Mahkamah Sesyen pagi tadi.
  • Peguam Datuk Amer Hamzah Arshad berkata mereka disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
  • Datuk Seri Abdul Azeez, 60, ditahan JSJK Bukit Aman petang semalam sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.
  • Penahanan itu dibuat untuk membantu siasatan polis terhadap dakwaan penipuan berkaitan pemberian hibah TH.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mohamad Afiq Zuber selepas permohonan dibuat pihak polis di Mahkamah Sesyen di sini.

Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, ketiga-tiga individu terbabit disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Datuk Seri Abdul Azeez, 60 tahun ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman petang semalam sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi.

Penahanan itu dibuat bagi membantu siasatan polis berhubung dakwaan penipuan berkaitan hibah.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.