2 lelaki ditahan disyaki keldai akaun

SARATOK, 12 November – Polis menahan dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun di sekitar Kabong dan Saratok pada Isnin kerana dipercayai terlibat sebagai keldai akaun.

RINGKASAN BERITA AI
  • Polis menahan dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun di Kabong dan Saratok disyaki keldai akaun.
  • Penahanan dibuat antara pukul 11 pagi hingga 2 petang hasil risikan dan maklumat awam.
  • Kad debit kedua-dua suspek dikaitkan dengan empat kes penipuan di beberapa negeri.
  • Jumlah kerugian keseluruhan dilaporkan RM86,364.
  • Kedua-dua suspek dibebaskan dengan jaminan polis; kes disiasat di bawah Seksyen 420 KK.

Ketua Polis Daerah Saratok, Timbalan Penguasa Polis DSP Mathew Manggie berkata, kedua-dua suspek ditahan antara pukul 11 pagi hingga 2 petang hasil risikan dan maklumat awam.

“Kad debit milik kedua-dua suspek dipercayai digunakan dalam empat kes penipuan yang dilaporkan di Pahang, Sabah, Selangor dan Johor, dengan jumlah kerugian keseluruhan RM86,364,” katanya ketika dihubungi RTM di Kuching.

Bagaimanapun, kedua-dua suspek menafikan penglibatan mereka dalam mana-mana kes penipuan berkenaan.

Kedua-duanya telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.