fb fb fb fb fb

Warga asing ditahan cuba seludup minyak masak peket

Foto RTM

PENGKALAN HULU, 24 Oktober-Cubaan warga asing untuk menyeludup minyak masak peket 1 kilogram tumpas selepas ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan ICQS Bukit Berapit, di sini.
 
Pengarah KPDN Negeri Datuk Kamalludin Ismail berkata ketika ditahan dua lelaki berusia 47 tahun itu disyaki cuba membawa keluar barang kawalan ke Thailand.
 
Terdahulu, kira-kira pukul 10.00 pagi penguatkuasa KPDN Cawangan Gerik menerima satu serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 18 Pengkalan Hulu melibatkan individu yang disyaki cuba menyeleweng minyak masak paket 1 kilogram.
 
Pemeriksaan awal mendapati kedua-dua lelaki tersebut tidak mempunyai kebenaran untuk membawa keluar barang kawalan tersebut.
 
Susulan itu, pihaknya menyita 80 peket minyak masak 1 MINYAK MASAkilogram dan sebuah kenderaan untuk tindakan lanjut dengan nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM40, 300
 
Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan Peraturan Kawalan Bekalan 1974.
 
Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1 juta atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya bagi kesalahan perseorangan atau individu.
 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD