fb fb fb fb fb

Tiga lelaki ditahan, pukul pekerja kedai serbaneka

Tangkap layar video tular berkenaan pekerja serbaneka diserang menggunakan topi keledar

BENTONG, 30 Ogos- Tiga lelaki ditahan selepas tular satu rakaman video yang menunjukkan seorang pekerja kedai serbaneka diserang menggunakan topi keledar di sini.

Semalam video berdurasi dua minit dua saat dimuat naik oleh pengguna aplikasi X.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pihaknya telah menahan tiga lelaki yang memukul pekerja berkenaan sebaik sahaja kejadian tersebut tular. 

Kesemua suspek merupakan lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 27 tahun hingga 36 tahun. 

Namun dua daripada tiga suspek yang ditahan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau termasuk kes penyalahgunaan dadah.

Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. 

Hasil siasatan mendapati punca kejadian disebabkan perselisihan faham dan pertengkaran mulut.

Sementara itu mangsa seorang lelaki warga tempatan yang berusia 19 telah mendapat rawatan Dan pemeriksaan di Hospital Bentong, Pahang.

Dalam pada itu pihak polis mahu kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berikutan kes berkenaan masih dalam siasatan.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI