fb fb fb fb fb

Polis serah tiga kertas siasatan GISBH ke AGC

Tan Sri Razarudin Husain

KUALA LUMPUR, 17 September-  Tiga kertas siasatan berkaitan Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) yang disiasat dalam fasa pertama Op Global di Negeri Sembilan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan bahawa dua daripadanya melibatkan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

"Ketiga-tiga kertas siasatan ini dirujuk kepada Peguam Negara hari ini untuk mendapatkan arahan lanjut," katanya pada sidang media di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jelasnya, setakat ini, sebanyak 33 kertas siasatan telah dibuka berkaitan GISBH dan pengerusi pertubuhan tersebut juga akan dipanggil untuk siasatan lanjut.

SITI AISHAH MD ISA