KUALA TERENGGANU, 6 Mei- Dua buah bot nelayan asing warga Vietnam berjaya ditahan, 145 batu nautika dari Timur Laut Muara Kuala Terengganu pada petang Ahad.
18 kru serta tekong berusia 13 hingga 63 tahun ditahan kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah dan tidak memiliki sebarang kebenaran menangkap ikan.
Menurut Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid bot berkenaan ditahan semasa kapal peronda Maritim sedang membuat rondaan dalam Siri Operasi Naga Barat.
Mereka ditahan atas kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.
Nilai rampasan dianggarkan RM1.5 juta bagi kedua-dua buah bot.
Operasi pemantauan akan diperkasa bagi mengekang pencerobohan bot nelayan asing di sekitar perairan Terengganu dalam siri operasi yang dirancang.