fb fb fb fb fb

Tabika Kemas dipecah masuk, biskut pun kena 'rembat'

Pintu jeriji yang dirosakkan oleh suspek untuk menceroboh

KLUANG, 1 April- Sebuah tabika dan taska Kemas Kampung Sahar, Simpang Renggam, Kluang, Johor kerugian RM1,000 selepas dipecah masuk, pukul 7 pagi semalam.
 
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner, Bahrin Mohd Noh berkata, suspek merosakkan pintu jeriji premis berkenaan.
 
Antara barang yang hilang, televisyen, duit syiling berjumlah RM30, tong gas dan biskut.
 
Suspek dipercayai masuk ke premis itu melalui pintu belakang.
 
Bagaimanapun, tiada rakaman daripada kamera litar tertutup dan saksi yang melihat kejadian berkenaan.
 
Kes masih dalam siasatan. 

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE