fb fb fb fb fb

Suri rumah rugi lebih RM100,000 terpedaya sindiket penipuan

Gambar fail

KUANTAN, 11 Oktober- Seorang suri rumah kerugian sebanyak RM103,517.59 selepas terpedaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pengawai insurans dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman dalam kenyataan berkata, wanita berusia 54 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 15 September lepas yang memaklumkan bahawa mangsa terlibat dalam permohonan tuntutan insurans palsu.

Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seseorang yang mengaku sebagai ‘pegawai polis’.

Mangsa diberitahu waran tangkap akan dikeluarkan ke atasnya kerana terlibat dengan rasuah dan penggubahan wang haram.

Mangsa diarahkan untuk menukar kad ATM baharu dan menyerahkan maklumat perbankan, serta memindahkan wang simpanan dari akaun ASB dan Tabung Haji ke akaun yang diberikan.

Pada 10 Oktober, setelah membuat semakan di bank, mangsa mendapati wang dalam akaunya telah lesap dan segera membuat laporan di balai polis Raub.

Trainee