KUALA TERENGGANU, 9 November- Seorang lelaki mengalami kerugian sebanyak RM120,000, setelah menyertai skim pelaburan tidak wujud.
Mangsa terpedaya dengan janji keuntungan besar yang mencecah RM287,000 oleh skim penipuan itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata lelaki berusia 28 tahun itu, ditipu dalam urusan pelaburan atas nama Syarikat PT Andalan Trusti Global secara bersemuka sejak April 2023.
Mangsa telah menyerahkan wang sebanyak RM138,000 menggunakan duit pinjaman peribadi secara berperingkat melalui serahan tangan sebagai modal dalam pelaburan itu
Pada awalnya, mangsa telah mendapat semula wang sebanyak RM18,000.
Namun, kini masih tidak dapat sepenuhnya seperti mana janji keuntungan yang ditawarkan.
Mangsa mengesyaki dirinya telah diperdaya, kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu.
Kes disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, orang ramai dinasihatkan semak terlebih dahulu syaraikat pelaburan di https://www.sc.com.my/investment-checker.
Selain itu, boleh membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima di pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pelaburan.