fb fb fb fb fb

Sindiket dadah tumpas, lima lelaki tempatan ditahan

FOTO RTM

IPOH, 14 Oktober- Lima lelaki tempatan ditahan Polis Perak bersama dadah bernilai lebih RM787,000 dalam serbuan di sebuah rumah sewa di kawasan Chui Chak, Hilir Perak.

Serbuan dilakukan sepasukan pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak kira-kira 8.00 malam pada Khamis lalu hasil siasatan dan risikan yang dijalankan.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 47 tahun dan sindiket dipercayai mula aktif pada September tahun ini.

"Pihak polis telah menjumpai dan merampas empat bungkusan lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis heroin anggaran seberat 4.21 gram. Kedua, 4 bungkusan lut sinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 3.12 gram.

"Dan ketiga, 13 bungkusan plastik lut sinar di dalamnya terkandung ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine anggaran berat 21,863 gram," ujarnya dalam sidang media di Ipoh.

Hasil saringan awal air kencing mendapati kelima-lima suspek positif dadah jenis sama, dan mempunyai rekod kesalahan lampau kes dadah dan jenayah.

Dadah yang dirampas disyaki untuk pasaran tempatan dan sekitar negeri Perdan selain boleh digunakan seramai 218,664 orang penagih.

Operasmi sama turut menyita dua buah kereta dan sebuah motosikal dengan nilai anggaran RM26,000

Kes disiasat dibawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kesemua suspek direman tujuh hari bermula 11 hingga 17 Oktober 2024.

Trainee2