fb fb fb fb fb

Seorang lagi kanak-kanak kes bunuh ditemukan

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Superintenden Adzli Abu Shah

ALOR SETAR, 20 Ogos - Polis menemukan seorang lagi mayat kanak-kanak lelaki dipercayai mempunyai pertalian keluarga dengan penemuan dua mayat ibu dan anak perempuan di belakang sebuah bangunan lama di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, di sini, semalam.

Mayat budak lelaki berusia dua tahun itu mempunyai kesan kelar di bahagian lehers ditemukan di Pantai Leman, Kuala Kedah kira-kira pukul 12.00 tengahari tadi.

Ketiga-tiga mangsa dipercayai warga Rohingya.

Timbalan Ketua Polis Kedah, Deputi Superintenden Adzli Abu Shah berkata, suspek utama iaitu bapa mangsa berusia 43 tahun telah ditahan diperkarangan sebuah masjid  di Bukit Pinang, di sini, malam tadi.
 
Polis turut merampas sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk membunuh ketiga-tiga mangsa.
 
Siasatan juga mendapati suspek seorang gelandangan dan positif dadah.
 
"Seperti saya katakan, suspek merupakan gelandangan. Setakat ini dipercayai suspek mempunyai masalah keluarga. Bagaimanapun kita akan siasat motif sebenar," kata Adzli dalam sidang media, di sini.
 
Suspek direman seminggu bagi membantu siasatan.

TETITIA YUSOFF