fb fb fb fb fb

Sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan, 18 September

FOTO BERNAMA

PETALING JAYA, 26 Julai - Mahkamah tetapkan sebutan semula kes ibu bapa Zayn Rayyan pada 18 September depan.

Perkara itu selepas pihak pendakwaan memohon lanjutan masa bagi melengkapkan semua dokumen berkaitan kes ibu bapa kanak-kanak itu yang didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar memaklumkan pihaknya masih belum menerima serahan laporan bedah siasat dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf didakwa mengabaikan kanak-kanak autisme itu dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal kepada mangsa.

Dalam pada itu peguambela Fahmi Abd Moin yang mewakili kedua-dua tertuduh membuat permohonan pindaan nama Zayn Rayyan kepada Zayn Rayyan Bin Zaim Ikhwan dalam pertuduhan selepas menerima dokumen cabutan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor.

Hakim kemudian mengarahkan pendakwaan mengesahkan perkara tersebut dengan JPN dan akan diteliti semula dalam sebutan kes akan datang.

TETITIA YUSOFF