ALOR SETAR, 11 Ogos - Polis sedang mengesan seorang remaja perempuan, Alia Insyirah Hasfa'aswat, 17 tahun, yang dilaporkan hilang sejak semalam.
Menurut Polis Daerah Kota Setar, Alia Insyirah keluar dari rumah keluarganya di Lebuhraya Sultan Abdul Halim pada 8 Ogos lalu bersama seorang rakan dikenali sebagai Misha, menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) putih.
Sabtu lalu, Misha dipercayai menghantar Alia Insyirah ke Stesen KTM Butterworth dan dijadualkan pulang ke rumah semalam, namun tidak berbuat demikian.
“Lokasi terakhir Misha dikesan di Jalan Manggis, Kampung Sungai Kertas, Batu Caves, Selangor, manakala telefon bimbit Alia Insyirah didapati ditutup,” menurut kenyataan itu.
Alia Insyirah berketinggian 170 sentimeter, berat 50 kilogram, dan mempunyai parut melecur seterika di tangan kanan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Sarjan Izyan di talian 016-6750399 atau hotline IPD Kota Setar di 04-7747222 / IPK Kedah di 04-7741222.