fb fb fb fb fb

Polis tahan lelaki bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli

Foto Hiasan

KUANTAN, 29 April - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kematian pemuda Orang Asli di Hutan Kampung Tekal, Sungai Koyan, Lipis hari ini.

Ketua Polis Daerah Lipis Superintenden Ismail Man dalam kenyataan berkata sekitar pukul 11.00 pagi tadi, suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa berusia 22 tahun yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.

“Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Sungai Koyan kemudiannya telah mengesahkan kematian mangsa yang berada dalam kenderaan tersebut pada 12.30 tengah hari.

“Susulan itu, polis telah menahan lelaki terbabit di balai berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Ismail berkata siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar pukul 1.00 hingga 2.00 pagi di Hutan Kampung Tekal, Sungai Koyan.

TETITIA YUSOFF