KUALA LUMPUR, 21 Julai - Polis membuka siasatan berhubung satu video palsu yang tular di platform TikTok membabitkan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk memaparkan wajah dan suara Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan memaklumkan, video yang boleh diakses menerusi akuan TikTok itu memaparkan Seri Paduka Baginda berucap mengenai bantuan kewangan kepada rakyat.
"Bantuan kononnya boleh diperolehi dengan menghubungi seorang individu bernama Datuk Dzulkarnain.
"PDRM menegaskan video berkenaan adalah palsu dan dihasilkan menggunakan teknologi AI," katanya.
Beliau berkata, satu laporan polis telah diterima berkenaan video tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan / Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan kandungan video berkenaan dan menghubungi individu yang dinyatakan kerana ia merupakan cubaan menipu.