fb fb fb fb fb

Polis Sarawak tahan tokan dadah, syabu 10.4 kg bernilai RM332,800 dirampas

FOTO IPK SARAWAK

KUCHING, 13 November- Polis Sarawak merampas dadah bernilai RM332,800 dalam satu operasi di daerah Padawan, Isnin lepas.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata menerusi kenyataan memaklumkan, seorang lelaki tempatan berumur 57 tahun turut ditahan serta menyita sebuah motosikal berkuasa tinggi.

Beliau berkata, dadah jenis syabu seberat 10.4 kilogram itu boleh digunakan 52,000 penagih dirampas di sebuah rumah pangsa di Jalan Matang.

"Suspek mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.Ujian saringan awal air kencing saspek didapati positif methamphetamie dan amphetamine," katanya.

Beliau memberitahu, lelaki tersebut direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sejak 1 Januari lepas, Polis Sarawak telah melaksanakan 9,374 tangkapan berkaitan kesalahan dadah, merampas 289.7 kilogram pelbagai jenis dadah, 93.39 liter dan 143 batang pokok ganja bernilai RM39 juta.

Selain itu, pelbagai jenis harta berjumlah RM3.97 juta turut disita bagi melumpuhkan sumber kewangan sindiket pengedaran dadah.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE