fb fb fb fb fb

Polis sahkan mayat ditemui di Kuching milik Nurul Asikin Lan

FOTO FAIL

KHUCING, 18 Disember - Polis mengesahkan identiti mayat yang dijumpai di Jalan Setia Raja, Kuching malam sabtu lepas adalah milik Nurul Asikin Lan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, ia hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) lengkap dijalankan hari ini yang mendapati ia positif mayat Nurul yang hilang sejak 5 Disember lepas.

Dalam satu kenyataan media di Kuching petang tadi katanya, buat masa ini polis masih menjalankan siasatan berhubung motif sebenar pembunuhannya.

Malam sabtu lepas, mayat Nurul ditemui hampir reput di kawasan longkang dekat jalan Setia Raja orang awam dipercayai dibunuh.

Susulan kes itu, polis menahan seorang lelaki berumur 23 tahun bagi membantu siasatan.

Suspek semasa disoal siasat telah mengaku membunuh mangsasebelum membuang mayatnya ke kawasan longkang sebelum dijumpai sembilan hari selepas itu.

Menurut Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata pagi tadi kes pembunuhan itu dianggap selesai dengan pengakuan suspek dan hasil perolehan DNA.

TETITIA YUSOFF