fb fb fb fb fb

Polis Johor tumpaskan sindiket edar dadah

Foto RTM

JOHOR BAHARU, 8 Ogos-Polis Johor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah bernilai RM3.44 juta menerusi empat serbuan di sekitar daerah Johor Bahru dan Tangkak, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Johor, Komisioner M.Kumar berkata, dua lelaki berumur 33 dan 36 tahun turut ditangkap dalam serbuan sama, bersama sejumlah dadah.

"Pihak polis berjaya jumpa atau dadah yang berupa jeli, Ecstasy dimasukkan dan disediakan dalam ramuan jeli seperti 'jem Jeli dan sebagainya yang dianggarkan bernilai RM150 hingga RM200

Sindiket yang aktif sejak Jun lalu menggunakan modus operandi dengan menjadikan kenderaan sebagai tempat penyimpanan dadah, sebelum diedarkan ke pasaran tempatan.

Pelbagai jenis dadah dirampas termasuk serbuk ekstasi seberat 18.63 kilogram, 47.90 liter jus minuman dadah, jeli disyaki campuran ecstasy seberat 1.674 kilogram dan 50 biji pil eramin 5.

Turut disita, sebuah kereta, dua buah motosikal serta wang tunai sebanyak RM160 menjadikan jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan bernilai RM3.49 juta.

Salah seorang suspek direman sehingga 10 Ogos ini, manakala reman bagi suspek kedua akan dimohon hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD