fb fb fb fb fb

Polis berkas lelaki memandu tanpa lesen, positif dadah

Foto Ihsan PDRM

KOTA TINGGI, 13 Februari- Seorang lelaki ditahan kerana memandu tanpa lesen dan bawah pengaruh dadah.

Terdahulu, suspek berusia 30 tahun dilapor cuba untuk melarikan diri daripada sekatan jalan raya di KM 0.4 Jalan Kota Tinggi-Kluang pukul 5.30 petang, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora dalam satu kenyataan berkata, bagaimanapun, suspek berjaya diberkas di persimpangan lampu isyarat ke Kulai, di KM 32.7 Jalan Kota Tinggi-Kulai.

“Pemeriksaan mendapati suspek berusia 30 tahun, positif dadah.

“Tindakan saman dikenakan terhadap Suspek kerana tidak memiliki lesen memandu,” kata Hussin menerusi kenyataan.

Suspek turut memiliki tiga rekod jenayah narkotik.

Dia akan direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM