fb fb fb fb fb

PGA Briged Tenggara gagalkan cubaan seludup 2,000 karton rokok putih

FOTO PGA Briged Tenggara

KOTA BHARU, 20 Januari- Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menumpaskan cubaan menyeludup 2,000 karton rokok putih di Jalan Tanjong Kuala dan Jalan Hulu Pasar Tumpat Kelantan, semalam.

Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rokok-rokok tersebut ditemukan dalam dua kenderaan di Jalan Tanjong Kuala serta Jalan Hulu Pasar oleh pasukan anggota Batalion 8 PGA.

"Dua kenderaan tersebut ditinggalkan di tepi jalan dan tidak berkunci. Hasil pemeriksaan mendapati anggaran lebih 2,000 karton rokok putih ditemui di dalam kenderaan tersebut. Rokok ini disyaki untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan.

"Rokok-rokok tersebut disyaki untuk diseludup masuk ke pasaran tempatan. Anggaran nilai rampasan bernilai RM510,000.00 termasuk nilai kenderaan," katanya.

Kes disiasat bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 dan hasil rampasan dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor untuk tindakan selanjutnya.

"Pasukan Gerakan Am akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyueludupan dari terus berleluasa di sempadan negara," katanya lagi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE