fb fb fb fb fb

Penipuan pelaburan mesin minuman layan diri, PDRM terima 57 laporan polis

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 23 Jun- 57 laporan polis diterima daripada mangsa penipuan skim pelaburan mesin minuman layan diri membabitkan kerugian RM5.3 juta, setakat ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dalam satu kenyataan berkata kesemua laporan polis itu diterima pihaknya sejak tahun lalu dan siasatan sedang jalankan.

Siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Semalam, media melaporkan sebuah syarikat yang bekerjasama dengan sebuah yayasan terkenal didakwa melakukan penipuan skim pelaburan mesin minuman layan diri membabitkan kerugian RM1.8 juta.

"PDRM menggesa mana-mana individu yang telah menjadi mangsa skim penipuan berkenaan untuk tampil membuat laporan polis di balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan selanjutnya," kata kenyataan itu.

Orang ramai juga dinasihat untuk sentiasa berhati-hati dan mencari maklumat secukupnya sebelum mengambil keputusan untuk menyertai mana-mana skim pelaburan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM