fb fb fb fb fb

Pembunuhan Nur Farah Kartini, kunci kereta ditemukan

Dompet itu ditemukan pada pukul 12.20 tengah hari tadi, kira-kira lima meter dari lokasi kunci berkenaan ditemukan.

SLIM RIVER, 22 Julai- Unit Siasatan Forensik Sub Akuatik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemukan kunci kereta dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah ketika melakukan pencarian bahan bukti di Sungai Trolak, Kampung Batu 4.

Kunci itu ditemukan seorang penyelam dari unit berkenaan kira-kira pukul 11.20 pagi pada jarak 50 meter daripada jambatan kecil di sungai tersebut yang dipercayai menjadi lokasi suspek membuang barangan milik mangsa.

Unit berkenaan turut menemukan satu lagi bahan bukti penting iaitu dompet dipercayai milik Nur Farah Kartini di sungai tersebut.

Dompet itu ditemukan pada pukul 12.20 tengah hari tadi, kira-kira lima meter dari lokasi kunci berkenaan ditemukan.

Pasukan penyelam menamatkan operasi pencarian kira-kira pukul 1.00 tengah hari tadi.

Terdahulu, tiga kenderaan termasuk dua pacuan empat roda tiba di kampung itu bagi menyambung pencarian bahan bukti yang ditangguh pada Jumaat lepas akibat arus deras dan keruh susulan hujan lebat.

Seramai lima penyelam unit tersebut melakukan pencarian pada radius 300 meter dari jambatan berkenaan.

Antara barangan milik Nur Farah Kartini yang dicari melibatkan kelengkapan solat, beg duit dan pengecas telefon bimbit.

Sebelum ini, pasukan berkenaan telah menemukan telefon pintar dipercayai milik Nur Farah Kartini di kawasan parit di ladang kelapa sawit Kampung Sri Keledang, Hulu Bernam.

BERITA BERKAITAN:

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM