fb fb fb fb fb

Pasangan suami isteri antara empat ditahan terlibat kes pecah rumah

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh

KLUANG, 23 Oktober- Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita, berumur 24 hingga 38 tahun, di Taman Wawasan dan Kampung Sri Lumpur, Kluang, 20 Oktober lalu, kerana terlibat kes pecah masuk rumah di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, antara ditahan ialah sepasang bekas suami isteri.

Siasatan awal mendapati semua suspek aktif menjalankan jenayah itu sejak Ogos lalu, melibatkan lima kes pecah rumah di Kluang, termasuk yang terbaharu pada 19 Oktober manakala masing-masing satu kes di Mersing dan Pahang.

Sindiket menggunakan sebuah trak pikap yang disewa untuk menjalankan jenayah itu, dan menjual semula barangan curi untuk membeli dadah.

"Kita juga membuat rampasan sebuah kenderaan, dalam kesemua aktiviti kegiatan,kumpulan ini menggunakan dan wang tunai, RM960.00,"katanya.

Polis juga menjumpai sebuah kereta milik warga emas Orang Kurang Upaya (OKU) yang disamun.

Semakan rekod mendapati semua suspek mempunyai rekod jenayah dan dadah, selain positif methamphetamine.

Suspek direman sehingga Rabu ini, untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Polis masih mengesan seorang lagi suspek berumur 32 tahun, yang terlibat dengan kumpulan sama.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE