fb fb fb fb fb

Pasangan kekasih warga asing ditahan bersama hampir 800 gram ketamin

Foto: BERNAMA

NILAI, 1 Julai- Sepasang kekasih warga asing dipercayai memiliki dadah jenis ketamin seberat 794.65 gram bernilai RM83,930 menerusi serbuan Op Tapis pada 26 Jun lepas.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 31 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Starz Valley, dekat sini.

Beliau memaklumkan hasil pemeriksaan di rumah itu menemukan satu peket plastik disyaki ketamin dan polis turut menyita sebuah kereta, wang tunai 40,000 yuan serta dua jam tangan berjenama Rolex bernilai RM190,000 menjadikan jumlah rampasan RM433,930.

Kedua-duanya yang positif terhadap ketamin kini direman hingga Khamis ini untuk siasatan mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI