fb fb fb fb fb

Op Tiris: KPDN Pulau Pinang rampas 54,564 liter diesel bersubsidi

Foto RTM

BUTTERWORTH, 14 Mei - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang berjaya merampas 54,564 liter minyak diesel bersubsidi yang diseludup menerusi Op Tiris 3.0.

Pengarahnya, S. Jegan berkata, serbuan dilakukan di sebuah stor haram beralamat di Jalan Bagan Lalang 1, Butterworth, Pulau Pinang dengan menemui empat buah skid tank, 15 buah tangki plastik 'Intermediate Bulk Containe' (IBC) dan lima buah motor pam beserta hos.

Keseluruhan nilai rampasan yang disita dianggarkan bernilai lebih RM119,000 manakala nilai rampasan minyak diesel terbabit dianggarkan bernilai RM117,000

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 bagi mengenalpasti individu atau syarikat yang terlibat dalam aktiviti atau rantaian pengederan minyak diesel.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD