fb fb fb fb fb

Najib, anak lelaki gagal tangguh prosiding kebankrapan

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak/Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 17 November - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguhkan prosiding kebankrapan terhadap mereka.

Prosiding itu dimulakan kerana mereka gagal melunaskan tunggakan cukai masing-masing sebanyak RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Suhendran Sockanathan@Saheran Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati tiada sebarang kemudaratan lain yang mewajarkan penangguhan.

"Dalam keadaan ini, kedua-dua rayuan ditolak dengan kos RM7,000 setiap seorang," katanya.

Pada 16 Okt 2023, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Najib dan anaknya perlu melunaskan cukai tertunggak selepas menolak rayuan mereka untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi. - BERNAMA

GRACE AISYAH KEDAYAN