fb fb fb fb fb

Miliki 54 kotak mercun secara haram, seorang pemuda ditahan

Gambar hiasan/BERNAMA

KUALA LUMPUR, 10 Januari - Polis menahan seorang lelaki yang memiliki bahan letupan di Taman Pelangi, Tangkak, Johor Bahru dekat sini, pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Penguasa Polis (SP) Roslan Mohd Talib berkata, penahanan terhadap lelaki berusia 23 tahun itu dibuat selepas pasukan polis daripada PGA Bakri, Muar melakukan serbuan di sebuah rumah kira-kira pukul 1.00 tengah hari.

"Hasil dari penahanan tersebut, pihak polis telah merampas sebanyak 54 kotak pelbagai jenis mercun serta bunga api tanpa permit yang sah bernilai RM41,940.

"Polis turut membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Jika sabit bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara 7 tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

GRACE AISYAH KEDAYAN