fb fb fb fb fb

Maritim Malaysia tahan bot tunda, tongkang Singapura

Maritim Malaysia menahan sebuah bot tunda Singapura bersama tongkang lebih kurang 3.5 batu nautika barat Pulau Harimau sekitar Mersing pagi tadi/ Foto: Maritim Malaysia

MERSING, 11 Jun- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot tunda Singapura bersama tongkang pada kedudukan lebih kurang 3.5 batu nautika barat Pulau Harimau sekitar jam 11 pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin berkata penahanan dibuat semasa menjalankan Op Jaksa dan Op Tiris di kawasan perairan berkenaan.

Hasil pemeriksaan mendapati, dua jentera dari Singapura itu disyaki melakukan kesalahan kerana tidak melaporkan ketibaan dan bersauh tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

“Pemeriksaan ke atas dokumen pula mendapati, semua tujuh kru kedua-dua bot terbabit adalah warga Indonesia berusia antara 25 hingga 54 tahun termasuk nakhoda.

“Nakhoda dan ketua jurutera dibawa ke jeti Maritim Mersing untuk disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952,” katanya melalui kenyataan.

ZEHRA BINTI ZAMBRI